Cryptocurrency
Asas Kripto
Semenjak harga Bitcoin menerobos aras harga $7000, dunia dagangan terus tertarik dengannya. Walaupun Bitcoin mungkin matawang kripto pertama, ia bukan satu-satunya yang ada. Dengan lebih 1,000 jenis matwang kripto yang ada, apa itu sebenarnya kripto dan bagaimana pedagang boleh memanfaatkannya?
Matawang kripto ialah satu bentuk wang digital yang wujud hanya di alam internet. Perbezaan dengan wang digital yang anda gunakan setiap hari (kad dan pindahan matawang negara atas talian/online) ialah matawang jenis ini tidak dikeluarkan oleh bank atau kerajaan.
Bitcoin dan sejumlah besar matawang, seperti litecoin dan ethereum, dicipta melalui proses yang dipanggil “mining”, manakala matawang lain seperti ripple dan neo, adalah ditawarkan terus ke pasaran. Matawang ini dipanggil pra-mine.
Apa itu bitcoin?
Sebelum kita menjelajah lebih jauh, tentang matawang kripto, perhatikan Bitcoin. Memahami asas Bitcoin adalah perlu kepada pedagang yang berminat menambahkan matawang kripto kedalam dagangan mereka. Tercipta pada 2009 oleh seseorang atau sekumpulan orang di bawah nama Satoshi Nakamoto, Bitcoin direka untuk memudahkan bayaran pantas tanpa melalui bidang kuasa pusat.
Idea revolusi berasaskan teknologi yang juga berevolusi yang dipanggil rantaian blok/blockchain. Anggap blockchain sebagai dokumen yang tersedia dengan terbuka dimana semua transaksi Bitcoin tersimpan. Sebab mengapa Bitcoin boleh beroperasi tanpa memerlukan bank kerana teknologi blockchain membolehkan transaksi matawang kripto tersedia untuk semua orang melihat dan sahkan.
Sifat utama Bitcoin
1. Penawaran terhad
Bitcoin diprogram oleh Satoshi untuk mempunyai bekalan tidak lebih dari 21 juta. Maklumat penting ini perlu dalam menilai harga aset. Apa yang dimaksudkan ialah tiada boleh menjana lebih matawang kedalam pasaran (satu bentuk yang dipanggil oleh pelonggaran kuantitatif yang dilakukan oleh bank pusat). Untuk sebab itu, Bitcoin sering dilihat sebagai kalis inflasi dan dibandingkan dengan emas.
2. Boleh di 'lombong'/Minable
Bitcoin tercipta melalui mining. Ini bermaksud, pemaju teknologi menyertai jaringan ini dan sukarela mengesahkan transaksi Bitcoin, agar sistem boleh beroperasi tanpa melibatkan pihak berkuasa. Dan sebagai pulangannya, mereka diberi ganjaran dalam bentuk Bitcoin untuk masa dan tenaga elektrik yang digunakan.
3. Transaksi pantas
Transaksi Bitcoin disahkan secara purata setiap 10 minit. Ini bermaksud anda boleh menggunakan Bitcoin untuk menghantar wang kemana sahaja serata dunia dalam masa 10 minit walaupun dihujung minggu. Secanggih mana pun ia, Bitcoin bukan lagi cara pembayaran terpantas yang ada, kerana peningkatan matawang kripto yang baru terhadap kepantasan transaksi.
Mengapa matawang kripto sangat bergolak ?
Bila dibandingkan dengan matawang keluaran bank, juga dipanggil wang fiat, tahap gejolak matawang kripto sangat melampau. Untuk perspektif, turun naik mingguan untuk pasangan forex setiap minggu, berada dibawah 1%. Turun naik Bitcoin secara mingguan mencecah hingga 60% setahun dalam 2017, manakala matawang kripto lain mengalami pergolakan yang lebih besar lagi.
Jadi, apakah sebab disebalik pergolakan ini? Sejarah pasaran mengajar kita yang bila pasaran baru, akan timbul perubahan harga mendadak, sementara pedagang dan pelabur menangani maklumat baru ini. Tempoh bila harga menjulang akan diikuti oleh tempoh harga menjunam sehingga pasaran menjadi lebih utuh.
Walaupun ada yang menyatakan harga matawang bergerak dalam gelembung, tidak dapat disangkal yang aras pergolakan semasa memberi pelbagai peluang untuk pedagang harian mengaut untung. Ini selalunya terjadi terutamanya ketika hujung minggu, dimana Bitcoin telah beberapa kali mencecah ketinggian memecah rekod.
Comments
Post a Comment